
Buat kali keduanya, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Pusat Zakat Negeri – Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri – Negeri akan bekerjasama untuk menganjurkan kempen zakat di peringkat Nasional melalui Bulan Zakat Kebangsaan 2009.
Kempen Bulan Zakat Kebangsaan ini akan berlangsung di seluruh negara mulai 11 Ogos – 19 September 2009 dengan tema “Zakat Satu Kewajipan, Sejuta Harapan”. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pada 11 Ogos 2009 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
-Pelbagai pengisian telah diatur di peringkat Nasional, antaranya :
a. Anugerah Tokoh Usahawan Asnaf Kebangsaan
b. Konvensyen Zakat Kebangsaan 2009
c. Kuiz Zakat Online
d. Pameran Pusat Zakat Negeri-Negeri dan Usahawan Asnaf Zakat
- Manakala di peringkat negeri – negeri juga
turut diadakan pelbagai pengisian antaranya :
a. Program Kembara Zakat
b. Kempen di Pasaraya – Pasaraya dan di ekspo-ekspo
c. Khutbah Khas Zakat
d. Majlis Penyerahan Dana Zakat Seluruh Negara
e. Pelbagai Pengisian lain (sila rujuk jadual aktiviti mengikut negeri)
Adalah diharapkan dengan program bersepadu selama sebulan di seluruh negara akan dapat menyemarakkan kesedaran berzakat kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga kempen – kempen yang dijalankan akan dapat memberikan manfaat dan impak yang besar kepada pembayar dan penerima zakat, seterusnya memartabatkan ekonomi umat Islam.