Sempena Bulan Zakat Kebangsaan 2009 pihak penganjur akan membuka peluang kepada umat Islam untuk menyertai “Kuiz Zakat Online 2009”. Kuiz tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, yang beragama Islam sama ada di dalam negara ataupun di luar negara sama ada pembayar zakat atau bukan pembayar zakat.
Untuk menyertai kuiz tersebut, peserta hanya perlu mengisi borang secara online. Tiada borang penyertaan yang perlu di cetak atau dipos.
Peserta hanya perlu menjawab 4 soalan mudah berserta satu saranan “Berikan cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran berzakat di kalangan masyarakat di Malaysia” ………………….” (40 patah perkataan sahaja).
Hadiah yang ditawarkan ialah :
Tempat Pertama : Wang Tunai RM 300.00
Tempat Kedua : Wang Tunai RM 200.00
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 100.00.