UTAMA  ||  PAUTAN  ||  HUBUNGI KAMI
   
   
 
KONVENSYEN ZAKAT KEBANGSAAN 2009

     Konvensyen Zakat Kebangsaan 2009 akan diadakan pada 11hb Ogos 2009 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Persidangan 1 hari yang bertemakan “Zakat Satu Kewajipan Sejuta Harapan” dianjurkan oleh Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan bersempena dengan Program Bulan Zakat Kebangsaan 2009.

Objektif utama persidangan adalah bagi memberi kesedaran kepada rakyat agar menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim dengan membayar zakat. Sebanyak 9 kertas kerja akan di bentangkan di dalam persidangan tersebut yang akan membicarakan isu – isu semasa zakat dan percukaian. Orang ramai yang berminat menyertai Persidangan tersebut boleh menghubungi Pejabat Sekretariat MATA di talian 03-8883 7443/03-88837461 atau melayari www.mata.org.my.

   


 


 

 
         
 
Anjuran Bersama
Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR)
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Dan Syarikat Mengurus Zakat (SMZ)
 
Paparan Menarik Menggunakan IE 4 Ke Atas Dan Resolusi 800x600 Pixels
Hakcipta Terpelihara © BulanZakatKebangsaan 2009. Dibangunkan Oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Dan JAWHAR