UTAMA  ||  PAUTAN  ||  HUBUNGI KAMI
   
   
 
PRINSIP AKAUNTABILITI DALAM INSTITUSI ZAKAT

     Prof. Madya Hj. Shawal Kaslan dari Institut Kajian Zakat Malaysia (Ikaz), UiTM telah menekankan dalam pembentangan kertas kerjanya, bahawa kesempurnaan ibadah adalah bergantung kepada tadbir urus institusi zakat yan merangkumi dua dimensi utama iaitu :

  • Sejauh mana sumber-sumber zakat dikutip dari pihak yang wajib menunaikannya dan
  • Keberkesanan pengagihan dana zakat kepada pihak-pihak yang layak menerima zakat.

Pembentang menjelaskan dua prinsip penting dalam tadbir urus zakat iaitu zakat sebagai satu bentuk cukai yang mesti dikutip oleh pemerintah dan wajib disempurnakn oleh umat Islam, dan hasil kutipan zakat diagihkan sepenuhnya kepada pihak yang berhak. Dimensi tadbir urus melibatkan perana utama empat pihak berikut iaitu :

  1. Kerajaan/pemerintah Islam yang bertanggungjawab untuk menjayakan syariat zakat.
  2. Penerima zakat/asnaf yang berhak mendapat manfat zakat.
  3. Masyarakat umum yang berhak mendapat kesejahteran dan jaminan sosial.
  4. Institusi zakat yang bertangungjawab sebagai amil untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.

Pembentang turut mengaitkan prinsip-prinsip dan amalan akauntabiliti dari perspektif Islam dan pandangan pengamal pengurusan yang perlu diamalkan oleh institusi zakat, peranan ijtimak ulamak dalam memutuskan persoalan sumber-sumber zakat yang tidak dijelaskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta peranan proaktif yang boleh dilaksanakan oleh institusi-institusi zakat untuk mencapai kesejahteraan umat.

Sebagai tambahan pembentang menyenaraikan tiga elemen penting dalam prinsip akauntabiliti iaitu :

  • Pihak berkuasa atasan diberi kuasa untuk memantau dan menyelia.
  • Penilaian kepatuhan dan prestasi aktiviti yang dipertanggungjawabkan dengan menggunakan satu pengukuran / kriteria (KPI).
  • Mekanisme pelaporan maklumat tepat.

Pembentang menghuraikan isu dan cabaran yang harus dihayati oleh institusi zakat dalam melaksanakan amalan prinsip akauntabiliti dan tadbir urus terbaik seperti berikut:

  • Akauntabiliti korporat - pengelola institusi zakat perlu menggariskan visi dan misi yang jelas serta menyediakan pelan perancangan strstegik untuk mencapai visi dan misi tersebut.
  • Akauntabiliti kewangan – menyediakan penyata kewangan yang disahkan oleh juru audit profesional, mengenalpasti petunjuk utama (KPI) dan mewujudkan system audit dalaman.
  • Akauntabiliti program – membangun pelbagai program yang dapat memberi manfaat penuh kepada golongan asnaf dalam jangka pendek dan panjang serta menyediakan kaedah penyampaian kaedah yang berkesan.
  • Akauntabiliti awam - menyediakan maklumat dan kaedah penyampaian maklumat (disclosure) yang berkesan kepada masyarakat awam.

Bagi memastikan amalan tadbir dan akauntabiliti terbaik oleh institusi zakat, pembentang menyarankan penyediaan pelan Pengukuran Prestasi Zakat (KPIZ) bagi setiap program sebagai satu mekanisme untuk mengukur 'outcome' pengurusan institusi zakat.

Sebagai kesimpulan, pembentang merumuskan bahawa akauntabiliti merupakan satu konsep yang amat unik dengan pencapaian dan keberkesanan sesebuah organisasi. Maka setiap institusi perlu mengamalkan prinsip tersebut bagi memenuhi keperluan hukum syarak dan memastikan jaminan kesejahteraan sosial tercapai.

.

   


 


 

 
         
 
Anjuran Bersama
Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR)
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Dan Syarikat Mengurus Zakat (SMZ)
 
Paparan Menarik Menggunakan IE 4 Ke Atas Dan Resolusi 800x600 Pixels
Hakcipta Terpelihara © BulanZakatKebangsaan 2009. Dibangunkan Oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) Dan JAWHAR